Salam Sejahtera

Luangkan masa anda untuk singgah di laman blog ini. Kita kongsi maklumat dan pengalaman tentang EDU3105 dan yang berkaitan...

Thursday 28 July 2011

Menghasilkan gambar foto secara profesional

kita telah bincang dengan panjang lebar tentang tajuk 7 (Fotografi) semasa kuliah tempohari. walau bagaimana pun, masih banyak yang anda perlu pelajari terutama tentang bagaimana menghasilkan gambar yang cantik dan menarik seperti kebanyakan hasilan juru2gambar profesional. Pertama, anda perlu melihat seberapa banyak contoh2 gambar foto mereka. lawatilah mana-mana lamanweb fotografi yang sedia berkongsi dengan sesiapa sahaja di internet. Kedua, belajar dengan 'meniru' cara/teknik mengambil gambar yang betul...tidak salah jika meniru untuk kebaikan...:-) Sebaik-baiknya anda perlu memahami apa itu konsep komposisi dalam fotografi. Selepas itu gabungkan konsep ini dengan kemahiran mengendalikan kamera digital anda pula. Ketiga, fahami kamera anda dengan baik supaya hasilnya cantik dan menarik...anda perlu banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini sahajalah anda akan pandai dan akan mendapat keyakinan diri. Anda perlu yakin bahawa gambar yang dihasilkan/rakam itu cantik kerana kemahiran dan kreativiti yang ada pada diri anda sendiri bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih...

Bagi mereka yang baharu dalam bidang fotografi, elok anda tonton video klip ini:




Berikut adalah beberapa lamanweb yang boleh dijadikan rujukan bersama:

1. naldzgraphics.net
2. Saiful Nang
3. Zain Abdullah
4. John Harvey photography
5. Digital Mukmin
6. Adhadi Mohd - Nota Tambahan
dan byk lagi...
semua orang boleh ambil gambar, tapi tak semua orang boleh hasilkan gambar yg cantik dan terkesan. Kena ada ilmu...sbb dgn ada ilmu, anda boleh pergi jauh dan lebih berfokus... Selamat Belajar!!!

Monday 25 July 2011

Tajuk 7 - Fotografi

Penggunaan bahan fotografi banyak membantu dan memudahkan guru menyediakan bahan bantu mengajar. Foto-foto bukan sahaja membawa pelbagai pengertian, cerita, pentafsiran, dan pemahaman kepada pelajar tetapi yang penting membantu proses pembelajaran mereka dengan lebih berkesan. peranan media fotografi sebagai alat bantu mengajar dan alat bantu belajar menjadi semakin mudah dan cepat. Ini adalah kerana kini terdapat kamera digital pelbagai jenama dengan harga yang berpatutan dan mesra pengguna. Imej-imej digital yang telah dirakamkan baik yang berbentuk pegun atau yang bergerak, boleh dimuat turun ke dalam komputer dengan menggunakan perisian tertentu. Tambahan pula kini, fungsi telefon bimbit bukan sahaja untuk membuat panggilan biasa, tetapi boleh juga menghantar SMS, MMS bergambar selain berfungsi sebagai PDA. Perkembangan-perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat sebenarnya banyak membantu para pendidik untuk membina bahan bantu mengajar yang berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Melakarkan memori indah melalui teknologi fotografi digital sudah tidak asing lagi dewasa ini...dan boleh dikatakan sudah ramai di kalangan remaja/dewasa memiliki sekurang-kurangnya handphone berkamera atau sebuah kamera digital kompak mahupun kamera DSLR.
Persoalannya, tahukah anda menggunakan kamera digital dengan betul?

Dan dapatkah sebuah kamera digital kompak menghasilkan gambar2 foto yang menarik seperti dihasilkan oleh jurugambar pro?

Tidak perlu bercerita panjang, jom kita layan saja klip video ini...
















Semua orang tahu yang tren remaja sekarang ialah usung kamera DSLR sana-sini bila ada apa-apa aktiviti..nampak lebih hebat dan bergaya....hahahaa. Tengok saja iklan CANON pun guna Yuna...
Bagaimana pula dengan pengguna yang baharu berjinak-jinak dengan kamera DSLR?
Adakah anda tahu menggunakan kamera DSLR dengan betul atau setakat mencuba-cuba fungsi Autonya sahaja?
Apa kata saya bantu anda yang baru nak belajar menggunakan kamera DSLR. Jom kita tonton dan terokai simulasi yang dipaparkan di laman web berikut: http://camerasim.com/camera-simulator/



SELAMAT MENCUBA














Sunday 10 July 2011

Tajuk 6 - Bahan 2D3D

Menyediakan alat bantu mengajar seperti bahan 2D dan 3D dapat membantu dan meransang pemikiran pelajar-pelajar dalam meningkatkan keberkesanan proses P&P. Dengan adanya media Internet seperti Youtube, dapat membantu guru-guru pelatih melihat klip video yang menarik untuk dijadikan panduan dalam menyediakan ABM.
Jom kita lihat video-video ini...

1. Membuat Pop-Up Card



2. Membuat Topeng Haiwan



Kredit utk Efa Liyana dan Noraishah pelatih PISMP Sem4 2010 kerana menyediakan klip video ini...terima kasih.

Wednesday 6 July 2011

Tajuk 5 - Asas Grafik

Tajuk 5 tidak akan dibincangkan di sini...
Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana cara menukar sebuah gambar digital kepada sebuah lukisan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Gambar asal:



...menjadi sebuah lukisan:



Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. buka photoshop CS3
2. buka fail gambar yang sesuai dijadikan lukisan
3. terlebih dahulu resize gambar tersebut kepada 800 x 600 pixels
4. klik Image --> adjusment --> shadow highlight
5. ubahsuai slider pada shadows dan highlights semaximum yang boleh - 100%
6. klik pada Filter --> stylize --> find edges. Hasilnya gambar akan nampak seperti outline sahaja.
7. klik Edit --> fade find edges. Tukar mode yang sedia ada kepada Luminosity
8. Jgn lupa untuk mengurangkan Opacity (antara 30% - 35%). Lihat gambar yang terhasil!!
Selamat Mencuba...